Info Yang Dicari Ramai Orang

Persatuan Suara Konsumer Sarawak

Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang Persatuan Suara Konsumer Sarawak atau COVAS.Mungkin kerana saya orang Sarawak.Namun apa lebih penting lagi ialah kesedaran saya terhadap hak pengguna.Kita semua pengguna dan ada hak yang boleh dipertahankan

Berdasarkan pamplet  COVAS yang saya kutip ditempat kerja baru-baru ini,saya amat berbesar hati untuk dikongsikan dalam blog ini.COVAS atau Consumer Voice Association Of Sarawak mempunyai pejabat di

Alamat :
(S/L) 34,PH ) 70,2nd Floor Lot 5530 Block 225KLDN,
Kuching City Mall Commercial Centre New Express 4 1/2 Mile,
Off Penrissen Road 93250 Kuching,Sarawak.
Telefon : 011-16069616/ 012-8888426/ 016-8889016

Setakat apa yang tercatat dalam pamplet mereka belum ada lagi website rasmi.Jika nak menghubungi mereka boleh guna sahaja telefon,e-mel atau Facebook mereka.Mana tahu ada kaitan dengan urusan kepenggunaan.Inilah medium terbaik untuk menyatakan hak masing-masing selain menggunakan khidmat tribunal pengguna pihak kerajaan.

Disini juga saya nak berkongsikan apa tanggungjawab pengguna sebenarnya.Perlu diakui inilah tanggungjawab bersama.Bukan saya atau kalian sahaja .Tentunya bukan juga kepada COVAS semata-mata.

1.Kesedaran kritikal
Bahagian paling penting sekali ialah kesedaran.Semua mesti sedar bahawa kita semua adalah pengguna dan ada hak sepenuhnya.Tanggungjawab ini adalah untuk menjadi lebih berwaspada dan boleh mempersoalkan tentang harga dan kualiti barang atau perkhidmatan yang digunakan.

2.Tindakan
Kalau sedar sahaja tentu tidak cukup.Ia mesti disusuli dengan bertindak tegas dalam mendapatkan urus niaga yang adil.Tiada unsur penipuan  atau manipulasi.Kita mesti tegas kerana ada hak yang memang secara semula jadi ada kat situ.

3.Kepentingan sosial
Apa yang kita lakukan bukan untuk kita sahaja.Ia untuk semua kerana tanggungjawab bersama sebagaimana saya war-warkan sebelum ini.Kesannya mesti disedari juga terhadap masyarakat lain.

4.Kesedaran persekitaran
Apa jua tindakan yang kita lakukan sebagai pengguna mesti dilihat juga kesan kepada persekitaran.Lebih jelas lagi terhadap alam sekitar untuk didiami generasi kini dan masa yang akan datang.Jika kita cuai masa maka masa hadapan akan terima akibat negatifnya.

Mulai hari ini walaupun sepatutnya dari dahulu lagi kita mesti menjadi pengguna yang bijak dengan melakukan perkara seperti dibawah

1.Membeli barangan berkualiti
2.Membuat perbandingan harga
3.Memilih perkhidmatan terbaik
4.Membuat pilihan tepat

Jadi setakat ini dahulu perkongsian saya tentang COVAS.Jika ingin infomasi lanjut atau memerlukan khidmat nasihat boleh menghubungi mereka segera.Maklumat tentang COVAS telah saya kemukakan seperti di atas.
covas

[Nota Penghargaan]

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

Digalakkan juga untuk sebarkan entri ini melalui Tweeter atau Facebook.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan sokongan tersebut saya dahulukan doa untuk kalian supaya murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia selalu.
Tag : Semasa

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top