Info Yang Dicari Ramai Orang

Gambar Pengantin Separuh Bogel Tersebar

Gambar Pengantin Separuh Bogel Tersebar…Selepas pesta sukan bogel di Pulau Pinang yang menggemparkan negara, pengguna jalan raya di sekitar Jalan Sultan Yussof di sini, digemparkan pula dengan gelagat satu pasangan dipercayai model pengantin yang berjalan dalam keadaan separuh bogel ditengah-tengah kesibukan lalu lintas untuk menjalani sesi fotografi di laluan itu

 

separuh bogel

 

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, wanita berkenaan dilihat hanya memakai bikini berwarna putih manakala pasangannya hanya memakai seluar panjang hitam tanpa baju.

 

Tindakan pasangan itu mengundang rasa tidak senang di kalangan pengguna jalan raya malah gambar pasangan terbabit juga dilaporkan sudah mula tersebar meluas di media sosial dan menjadi kritikan hebat.


Seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu, rakaman sesi fotografi itu dipercayai dilakukan tidak lama iaitu kira-kira 10 minit, bagaimanapun ia menarik minat pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan kerana mereka berpakaian menjolok mata serta tidak senonoh.

 

Gambar pasangan terbabit yang dirakam seorang pengguna facebook dipercayai diambil berhampiran sebuah bank berhampiran Padang Ipoh di sini, dan kini sudah tersebar dan dikongsi ribuan pengguna facebook lain.

 

Sumber : Harian Metro

 

 

Admin

Tolonglah jaga perasaan orang lain.Ada yang kurang selesa.Mungkin bagi pelaku tidak apa-apa namun sebagai rakyat Malaysia tidak sepatutnya berlaku.

Tag : Semasa

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top