Info Yang Dicari Ramai Orang

Kejadian Tangan Gergasi Seorang Budak

Kejadian Tangan Gergasi Seorang Budak..

Seorang budak membingungkan doktor di India apabila tangannya membesar seperti tangan gergasi.

 

Tangan Kaleem, lapan, setiap satu seberat lapan kilogram dan berukuran 13 inci dari pangkal tapak tangan hingga ke hujung jari hantunya.

 

Kerana keadaan tangannya itu, Kaleem tidak dapat melakukan banyak perkara asas, termasuk mengikat tali kasut dan sering dibuli serta dipinggirkan rakan sebaya.

 

“Saya tidak ke sekolah kerana guru berkata, murid lain takut melihat tangan saya. Saya dibuli kerana kecacatan saya. Ada yang memukul saya. “Saya sukar memakai baju, membutangnya dan juga memakai seluar. Tetapi saya tidak mahu doktor membedah tangan saya, kecuali ketika saya tidak sedar,” katanya.

 

Ibu bapanya yang hanya berpendapatan RM100 sebulan, berusaha membantu anak mereka, tetapi sehingga ini tidak berjaya.

 

Ibunya, Haleema, 27, berkata, dia menyedari kecacatan Kaleem apabila melahirkannya, namun tidak mampu membantu.

 

 

Foto

 

Kisah selanjutnya sila baca di Harian Metro

 

 

 

P/s : Kejadian ini amat menginsafkan kita semua…jom tambah ilmu di Portal Ilmu

Tag : Luarbiasa

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top