Info Yang Dicari Ramai Orang

Periuk Nasi Jadi Tempat Simpan Syabu

Periuk Nasi Jadi Tempat Simpan Syabu.Cubaan seorang wanita warga China untuk menyeludup masuk dadah jenis syabu dengan menyorokkannya di dalam periuk nasi terbongkar selepas dia ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, Ahad lalu.

 

 

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Dr. Janathan Kandok berkata, wanita berusia 26 tahun itu yang tiba di negeri ini menerusi penerbangan dari Hong Kong ditahan kira-kira pukul 6.30 petang.

 

Katanya, suspek yang tiba berseorangan, membawa bersama satu beg pakaian dan satu kotak barangan elektrik bersaiz sederhana mengandungi periuk nasi.

 

“Kehadiran wanita itu mencurigakan pegawai Kastam yang bertugas di KKIA dan imbasan yang dilakukan ke atas kotak tersebut mendapati wujud imej mencurigakan di dalamnya,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

 

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut ke atas kotak berkenaan yang mengandungi periuk nasi elektrik turut menemui lima bungkusan berwarna hitam yang mengandungi 1,396 gram syabu.

 

Cerita penuh dapatkan Kosmo

 

 

p/s : Layari Portal Ilmu  jika anda pencinta ilmu

Tag : Semasa

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top