Info Yang Dicari Ramai Orang

Ada Apa Dengan Blog Percuma

Dalam dunia online tidak semuanya berbayar.Ada blog percuma yang boleh kita bina tak sampai 5 minit.Itu untuk mereka yang dah tahu selok belok dunia blogging.Maaf bagi yang baru macam saya memang ambil masa juga.

blog percuma

Saya boleh mengambil masa sehari suntuk terutama dalam pemilihan domain.Walaupun domain  yang didatangkan bersama blogspot.com bukan senang nak dapat.Ada banyak domain yang cantik dan sedap sudah diambil orang.Biasalahkan dah barang percuma.Saya sendiripun dah berbelas juga domain percuma yang  belum diaktifkan.


Bila dah ada domain.blogspot.com  proses memilih theme atau template bisa memeningkan kepala.Terlalu banyak yang cantik-cantik dan ready seo serta responsive.Jangan risau kerana kebanyakkannya adalah percuma.Dah nama nak buat blog percuma mesti belasah barang percuma juga.Ada baik dan buruknya barang percuma.Mungkin sebagai permulaan blog percuma adalah tindakan paling wajar sekali.


Blog percuma yang dimaksudkan berhostingkan tapak Blogger atau Wordpress. Blog ini memang berdomain percuma juga.Pendek kata semuanya percuma.Cuma satu sahaja yang bukan percuma iaitu masa kita.Masa kita ini nampak macam percuma tetapi sebenarnya perlukan bayaran kepada pemilik sebenar iaitu Allah SWT.Insya Allah dalam entri lain kita cerita bagaimana cara pembayaran masa ini.


Walaupun sebagai pengguna blog percuma kita boleh menghasilkan pendapatan melalui blog.Kita boleh buka akaun adsense dengan Google.Selain itu buat akuan dengan Nuffnang dalam menyiarkan iklan mereka.Tak pun letak iklan banner promosi produk dari Ashadee,Klik Je atau produk affialiate yang lain.Wah begitu banyak peluang jana duit meskipun guna blog percuma.Contoh mudah juga saya guna link ini untuk promosi kedai online.Jemput datang ke Portal Onlineman


Kini terpulang kepada kita nak teruskan mengguna blog percuma atau berbayar sekiranya sudah ada kemampuan.Orang kata tepuk poket,ada isi atau tak?


Berdasarkan pengalaman sendiri yang menggunakan blog percuma dan berbayar ternyata kepuasan berganda kepada yang keluarkan duit.Yalah.Kalau keluarkan duit untuk perkara sia-sia pun puas inikan pula untuk aktiviti blogging yang bukan sekadar hobi lagi buat masa ini.


Cuma blog berbayar kita boleh membina jenama yang kukuh dan dipercayai.Tengok sahaja jenama denaihati.com.Ramai yang tahu bahawa denaihati.com ialah blog popular di Malaysia sebaris dengan blog Rotikaya,Paultan dan Beautifulnara atau Ben Ashaari.Agak-agak siapa yang kenal blog e-buku pulak.Yang itu blog saya dan saya sendiri yang akan promosi tanpa henti setiap hari.



[Nota Penghargaan]


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.



Digalakkan juga untuk kongsikan melalui Tweeter atau Facebook.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan sokongan tersebut saya doakan kalian murah rezeki,kaya dan bahagia dunia dan akhirat.Amin Ya Rabbil Alamin.
Tag : Blogging

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top