Pernah tak membaca cerita kanak-kanak yang berkisar kepada si arnab dengan si siput.Ya.si siput itu merujuk kepada talian internet siput yang berjenama M.Sangat perlahan hingga ke tahap zero kelajuannya.

Siapa yang tak bengang kalau tak saya sendiri.Saya yang terpaksa membayar RMxx untuk sebulan tanpa penggunaan internet secara maksimum.Memang tahap rugi kerana bila dah luput tarik maka kouta bandwith akan lesap begitu sahaja.Aduh.Macam mana nak maju jika talian internet siput ini sangat perlahan dan membosankan.
Walau macamana pun saya terpaksa lalui juga kerana tiada pilihan.Bukan tiada perkhidmatan lain tapi kuasa membeli amat terhad sekarang ini.Nak cakap nazak tak boleh juga.Takut-takut jammed dan KO nanti.Ikutkan hati mau sahaja saya campakkan broadband ini ke dalam laut Hindi Selatan.Mengarut juga dah!.
Pernah juga buat unlock broadband jenama M ini dahulu.Sayangnya tak menjadi pulak.Jika berjaya unlock dulu lagi saya pasti bertukar ke network yang lain.Itulah gara-gara masih jahil dalam bidang ini.Benda yang sepatutnya mudah menjadi susah dan menyiksakan.
Sebenarnya banyak lagi jalan penyelesaian untuk mengatasi internet siput ini.Bagus beli broadband yang universal.Jika ada signal lemah tinggalkan jenama itu jauh-jauh.Jangan biarkan ia bertapak dalam hati terlalu lama.Buat hati susah sepanjang masa sahaja.Hidup inikan mesti mau gembira,tenang dan bahagia.Sebab itu kita dianugerah akal untuk mengatasi pelbagai dugaan dan cabaran.
Dulu sebelum saya menggunakan jenama M, saya pernah merasai pengalaman berjenama C.Yang ini memang terbaik walaupun pada zaman 5 tahun dulu.Kira perkembangan teknologi internet masih perlahan di Malaysia.Tentu tidak salah kalau katakan jenama C adalah si arnab.
Selagi masalah internet siput ini belum diatasi maka urusan saya untuk mengurus Portal Ilmu dan Portal Onlineman akan menghadapi kesukaran.Saya juga percaya kesukaran begini menjadi pemangkin untuk saya terus berusaha keras menjana pendapatan.Tentunya tidak bijak kalau saya buat dua kerja offline dan mengetepikan kerja online begini.Zaman dulu mungkin boleh dipertimbangkan.
Kegusaran terhadap capaian internet siput begini amat tidak wajar lagi pada era 4G.Mungkin pandangan saya tidak tepat 100 % kerana tiada kajian ilmiah tentang perkara ini.Apa yang pasti ini adalah luahan hati seorang pengguna yang menyumbang pendapatan kepada syarikat penyedia internet tersebut.
Harapan saya agar internet siput akan berakhir supaya apa yang saya usahakan ini menjadi ----------->>Mesin Jualan Internet
[Nota Penghargaan]
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Jika ada idea menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.
Digalakkan juga untuk kongsikan melalui Tweeter atau Facebook.Itupun jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan sokongan tersebut saya doakan kalian murah rezeki,kaya dan bahagia dunia dan akhirat.Amin Ya Rabbil Alamin.

Tag :
Teknologi