Info Yang Dicari Ramai Orang

Mari Menginsafi Musibah MH370

Sudah tentu sebagai rakyat Malaysia saya terkesan dengan musibah MH370 yang sudah masuk hari ke-19 ketika entri ini ditulis.Saya berdoa dan berharap agar semua waris yang berbabit dalam musibah ini tabah,kuat dan sabar menghadapainya.

Kehilangan pesawat MAS MH370 sejak dari 8 Mac 2014 ketika perjalanan dari KLIA ke Beijing,China amat menyentuh perasaan penduduk dunia.Usah cakap kat Malaysia sahaja.Semua tempat ada waima dikutub selatan maupun utara.Tambahan pula penumpangnya  banyak melibat negara luar seperti China dan Australia.

Kini masyarakat dunia menumpukan perhatian ke negara Malaysia.Pelbagai spekulasi dan tohmahan negatif dari media sosial dan media elektronik kita terima.Ada yang bernada sinis dan tak kurang juga yang menangguhkan air ditempat yang keruh.

Namun begitu saya sebagai pengamal media sosial atau lebih khususnya blogger amat berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan pandangan.Ini kerana kesilapan kata boleh menguris perasaan para waris dan mereka yang sensitif jiwanya.

Sebagai orang Islam saya akur bahawa setiap musibah ada hikmahnya.Mari kita nilai kembali amal,perbuatan dan akidah kita menghadapi ujian yang cukup berat ini.Mungkin mereka yang tidak terlibat secara langsung kurang memahami situasi ini.Apa yang penting sekarang ini teruskan berdoa kerana ia satu-satunya cara hamba Allah mengakui pergantungan kita kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Sudah masanya juga kita menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara paling bertanggungjawab  ketika menghadapi musibah MH370.Beri sokongan padu dengan menghentikan pelbagai spekulatif yang jauhnya panggang dari api dalam soal kebenaran dan kesahihan.

Sedekahkan Al-fatihah kepada mereka yang beragama Islam dan beri salam takziah kepada mereka yang bukan Islam.Semoga cara ini memberi kekuatan kepada para waris menghadapi musibah berat ini.

Gunakan media sosial secara bertanggungjawab kerana apa-apa yang kita ‘postkan’ dalam Facebook atau Tweeter ataupun blog boleh diakses seluruh dunia.Boleh dijadikan bukti jika ada unsur-unsur fitnah.

Tak boleh juga  saya  mengandaikan pengguna media sosial ini kurang baik sedangkan saya juga termasuk dalam pengamal media sosial yang aktif.

musibah mh370

[Nota Penghargaan]

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata berikan sedikit komen sebagai tanda kalian suka dengan blog ini.

Tag : Semasa

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top