Info Yang Dicari Ramai Orang

Cara Membongkar Rahsia Rezeki Dengan Mudah


Amat molek rasanya saya menulis tentang cara membongkar rahsia rezeki dengan mudah pada masa ini.Sebabnya saya amat perlukan rezeki berbentuk duit.Bukan sahaja saya malah ada ramai lagi yang perlukan rezeki yang luas dan mencurah-curah.


rezeki duit


Sebelum itu saya memberi ingin menjelaskan bahawa rezeki itu terlalu luas maksudnya.Ada rezeki kesihatan,ketenangan fikiran,rumahtangga bahagia dan paling popular berkaitan duit.Rezeki berbentuk duit seolah-olah menjadi ibu kepada segala rezeki.


Persoalanya kini bagaimana membongkar rahsia rezeki supaya kita tidak dalam kesempitan lagi.---------->Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki!  Klik Sini!


Ada banyak cara.Antara yang paling popular untuk orang beriman ialah solat 5 waktu.Dengan bersolat rezeki kita akan Allah mudahkan.Sudah tentu ia akan dicukupkan.Namun perlu diingatkan bahawa solat mestilah menurut aturan yang betul sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah.


Saya juga berpendapat soal rezeki mesti diusahakan sebaik mungkin.Dulu ada kawan bisnes saya berpesan bahawa berusahalah sedaya mungkin dan kemudian berdoalah sebanyak yang boleh.Katanya lagi doa kita tidak semustajab para ulama maka mau tidak mahu perlu bekerja keras.Doa lebih maka usaha juga lebih.
Dalam dunia maya atau nyata peluang mendapatkan rezeki lebih kurang sama.Tidak timbul soal mana lebih mudah atau mana lebih susah.Ini kerana tahap kemurahan rezeki banyak bergantung kepada amalan dan usaha masing-masing.


Tentu sebagai orang muslim kita wajib mempercayai qadak dan qadar.Soal rezeki berada dalam pengetahuan Allah SWT.Apa yang saya percaya Dia Maha Penyayang dan Maha Pengasih untuk memberi sekalian rezeki kepada para hamba dan makhluknya.


Terpulang kepada kita untuk berusaha dan merancang sebaik mungkin untuk mendapat rezeki tersebut.Meskipun saya kadang-kadang terfikir mengapa ada yang mendapat rezeki yang terlalu banyak dan satu golongan lagi terlalu sedikit sehingga nak makan sekali sehari pun susah.


Hakikatnya itulah rahsia rezeki.Jangan kita pertikaikan kerana Allah lebih mengetahui tahap keperluan rezeki masing-masing.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata berikan sedikit komen sebagai tanda kalian suka dengan blog ini.


[Nota Penghargaan]

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.



Digalakkan juga untuk kongsikan melalui Tweeter atau Facebook.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan sokongan tersebut saya doakan kalian murah rezeki,kaya dan bahagia dunia dan akhirat.Amin Ya Rabbil Alamin.

Tag : Kewangan

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top