Info Yang Dicari Ramai Orang

Mukadimah Entri Blog Terbaru


Saya ucapkan selamat datang  ke blog ini dan selamat membaca.Semoga kedatangan kalian mendapat manfaat dan sudi lagi untuk datang pada masa yang akan datang.

Alhamdulillah saya sekali lagi berjaya mencipta satu blogspot yang  Mesra SEO.Mungkin buat permulaan ia tidaklah semesra mana pun namun berkat usaha insya Allah blog ini akan ke arah mesra SEO.

Sebut tentang SEO memang ramai yang menginginkannya supaya blog boleh berada di 1st Page Google.Itu memang impian semua blogger yang tahu akan manfaatnya.

Buat makluman blog ini akan memfokus kepada niche keyword.Ada yang evergreen,popular,panas dan terkini.Semuanya akan dirungkai dengan pandangan sendiri tanpa mempunyai niat lain selain daripada kebaikan.Insya Allah

Selain menggunakan sentuhan SEO saya akan terus menggunakan kaedah manual mendapat trafik.Sudah tentu cara blogwalking.Hebatnya blogwalking bukan dengan backlink tetapi hubungan silaturahim dan ukhuwah.Sebab itu blogger otai yang masih berjiwa blogger low profile tetap melakukan blogwalking meskipun sudah berjaya mencipta nama dan menjana pendapatan lumayan.

Bersempena kelahiran blog mesra SEO ini saya memohon tunjuk ajar dan bantuan rakan-rakan blogger yang pakar dalam bidang ini.Pengetahuan saya masih cetek tentang SEO walaupun minat semakin menebal.Sudah tentu saya menerima dengan hati penuh terbuka jika ada teguran membina.Sebab dengan teguran itu saya semakin matang dalam dunia blogging.

Antara perkara penting sekali dalam blog ini bukan dominasi robot enjin carian tetapi emosi para pembaca dalam mendapatkan info .Soal hati sukar diduga dan dengan tulisan yang bisa menyentuh perasaan akan membina pembaca setia blog.

Harapan terbesar saya ialah blog yang tidak seberapa ini boleh memberi manfaat kepada pengetahuan SEO dan keyword kepada para blogger.Kini SEO sesebuah blog seumpama minyak pelincir.Ada minyak pelincir bagus maka kehadiran trafik semakin lancar.Namun paling utama sekali isi kandungan.Google sendiri mengakui kandungan blog adalah raja.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata berikan sedikit komen sebagai tanda kalian suka dengan blog ini.




Tag : Blogging

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top