Info Yang Dicari Ramai Orang

Tukar Selera

Tukar selera bukan setakat untuk makan atau minum sahaja.Dalam dunia blog tukar selera boleh juga digunapakai .Cuma usikan nakal yang tak boleh terima ialah makan luar sama dengan  tukar selera  dalam rumahtangga .Dah.Tak boleh cakap lebih.

 

tukar selera

 

Saya sudah memiliki lebih dari satu isteri blog sejak aktif berblogging.Bermula dengan blog platform blogspot hingga berani mencuba Wordpress pula.Ada blog yang menggunakan com dan my.Dua blog ini menggunakan domain berbayar.Yalah dengan niat untuk tukar selera saya guna dari yang percuma kepada yang berbayar.

 

Blog yang percuma saya lupakan seketika untuk memberi laluan kepada blog yang berbayar.Setiap hari saya akan mengemaskini blog dan melawat rakan-rakan blogger  yang sudi singgah kat blog saya.Ada yang sempat berbalas dan ada juga langsung tidak sempat jika sibuk dengan kerjaya hakiki.Cari duit dengan makan gaji.

 

Kalau nak cari duit guna online boleh daftar percuma cepat-cepat kat link -------> ini

 

Nampaknya kini saya kembali tukar selera untuk blog platform percuma .Ada dua lagi domain yang berakhir dengan .info telah saya beli,Yang satu tu telah dijadikan Portal Ilmu tempat saya menghimpunkan segala ebook yang terbaik untuk dijual dalam pasaran terbuka.Maaf tiada urusan black market atau underground.Jika rasa nak lihat preview ebook maka jemput singgah ke www.e-buku.info

 

Kemudian ada lagi domain yang sudah dibeli namun masih  belum digunakan.Domain ini  dibeli untuk tukar selera saya ke alam blog Wordpress semula.Sebelum ini saya ada  kakiblog.my. tetapi masih hilang kerana masalah teknikal hosting.

 

Dilema jenama blog telah melanda saya ketika ini.Saya sukar untuk melihat domain saya yang betul-betul ngam dengan saya.Jika tak ngam maka motivasi blogging boleh jatuh merundum.

 

Nasihat saya kepada rakan-rakan blogger yang cuba mencari jenama blog maka pilih sehabis baik.Fikir dari semua sudut dan jangan mudah tukar selera .Jenama blog yang akan kalian bangunkan itu bukan untuk sehari dua.Kalau boleh bertahun-tahun sehingga ada nilai komersial.Kata orang bijak pandai menyesal dahulu pendapatan maka menyesal kemudian tiada gunanya lagi.

 

[Nota Penghargaan]


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata luangkan sedikit masa lagi untuk memberi komen tentang tukar selera dalam ruangan dibawah.

Tag : Blogging

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top