Info Yang Dicari Ramai Orang

Earth Hour

Jom kita bersama-sama menyokong Earth Hour pada 29.3.2014 selama 1 jam bermula jam 8.30 malam.Semoga cara ini menjimatkan penggunaan elektrik secara serentak seluruh dunia.Biar kita bergelap dalam 1 jam demi kesejahteraan dunia secara amnya.

 

Earth Hour

 

Setiap tahun saya tidak ketinggalan menyokong Earth Hour.Saya akan pastikan segala lampu ditutup.Penggunaan elektrik di rumah juga dihentikan buat seketika.Walaupun panas saya dan anak-anak tetap tidak guna kipas.Biar kami duduk dekat luar rumah tanpa menggunakan sebarang peralatan elektrik

 

Pengalaman begini memang tak seronok.Namun bukan selalu.Ia cuma dilakukan setahun sekali.Masalahnya kini ramai yang tak buat kerana tak buat pun tak apa.Tak mungkin ada orang denda.Apa yang pasti saya dan keluarga tetap buat dengan kerelaan sendiri.

 

Apa yang tak seronoknya ramai yang langsung tidak endah.Seolah-olah tidak tahu atau buat-buat tidak tahu.Namun begitu kita tidak boleh salahkan mereka 100% kerana tahap kesedaran belum ada.Yalah berapa ramai yang sedar kepentingan menyelamatkan penggunaan tenaga untuk masa depan.

 

Saya tak perlu cerita sejarah Earth Hour ini bermula.Perkara ini kita boleh perolehi daripada media massa yang lain.Penggunaan media sosial cuma bahan tambah sahaja.Tambahan pula blog saya ini adalah coretan pandangan dan bukan blog informasi.Saya cuma berkongsikan pandangan kasar seorang blogger.

 

Sekali lagi saya menyeru kepada rakan-rakan blogger dan pembaca blog ini bersama-sama sokong Earth Hour.Bukan kita sahaja malah seluruh pelusuk dunia yang ada menggunakan elektrik.Kita buat demi masa depan dan anak cucu generasi akan datang.

 

Jika generasi sekarang mampu buat maka tidak mustahil generasi akan datang juga buat.Mungkin lebih kerap kerana populasi dunia bukannya berkurang sebaliknya sentiasa bertambah.Logiknya tahap penggunaan tenaga elektrik juga pasti bertambah.Lainlah teknologi masa hadapan menggunakan peralatan yang energy saver 100%

 

Saya mengingatkan pada diri sendiri bahawa aktiviti jimat elekrik ini bukan untuk satu hari sahaja.Kalau boleh setiap hari. Kita juga perlu  mencari peluang dan ruang untuk menjimatkan elektrik sama ada dirumah maupun tempat kerja.Malah tempat awam pun boleh.

 

[Nota Penghargaan]


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.dan rasa  Ingin Kurangkan Bil Elektrik Anda? Klik Disini!

Tag : Semasa

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top