Info Yang Dicari Ramai Orang

Banyak Duit

Secara umumnya semua orang mahu duit banyak.Lebih-lebih lagi kalau duit yang  diyakini berkat.Pasti keinginan kita untuk mendapat duit  membuak tinggi.Siapa yang tak nak banyak duit.Betulkan.

 

Duit adalah isu yang evergreen.Duit adalah keperluan kepada kehidupan.Dengan adanya  duit yang mencukupi maka kehidupan lebih lancar dan mudah diuruskan.Memang tidak dinafikan duit bukan segala-galanya.Namun logik kehidupan moden ialah ada duit maka ada kehidupan.

 

banyak duit

 

Dengan duit yang mencukupi keperluan asas dapat dipenuhi.Boleh digunakan membeli makanan yang berkhasiat dan enak.Malah boleh membayar ansuran rumah yang agak selesa untuk didiami.Paling tidakpun dapat membeli pakaian yang sesuai dan berkualiti.Sebab itu banyak duit menjamin kualiti hidup yang terbaik.

 

Persoalannya kini bagaimana hendak mendapatkan banyak duit.Ada dua cara.Ada yang mudah dan ada yang sukar.Kebanyakannya kita selalu menemui cara yang sukar.Hanya sedikit sahaja yang tahu cara mendapat duit yang banyak dengan cara yang sukar dan kemudianya menjadi mudah.Mereka ini sudahpun menjadi bilionaire dan jutawan serta hartawan.

 

Mungkin kalian dan juga saya tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mendapat begitu banyak duit sehingga tak habis makan tujuh keturunan.Bagi mereka yang tak nak fikir panjang cukup untuk memberi kesimpulan mudah.Dah rezeki mereka dan itulah takdirnya.Ada juga nada pesimis menyatakan bahawa duit yang banyak memyebabkan kita boleh sombong dan bongkak.Betul ke nie?

 

Saya adalah orang yang selalu memikirkan idea bagaimana hendak mendapatkan duit yang banyak tak kira susah atau senang.Yang pasti duit halal kerana duit yang datang dari sumber haram mengundang tiket ke neraka.Naubizillah min zalik.

 

Percubaan demi percubaan telah saya lakukan.Kebanyakkan percubaan tersebut belum lagi menemukan hasil yang memuaskan hati.Namun saya jenis yang tidak mudah menyerah kalah.Usaha lagi dan terus berusaha kerana berbekalkan keyakinan bahawa orang berusaha pasti beroleh kejayaaan baik berbentuk material maupun spiritual.

 

Antara lainnya saya telah membina Portal Ilmu yang menghimpunkan pelbagai ebook untuk dijual.Portal yang berfungsi sebagai medium affiliate ini boleh menjana duit kepada saya jika kena pada caranya.Saya faham ramai yang tercari-cari ilmu yang  boleh menyelesaikan masalah mereka.Insya Allah jika golongan sasar ini menemui portal tersebut maka boleh dijadikan rujukan kepada mereka sebelum membeli ebook yang diperlukannya.

 

Cara untuk ke Portal Ilmu saya amat mudah, cuma klik sahaja link ------------>INI

 

Bukan itu sahaja, saya  cuba untuk menjinakkan diri dalam bidang bisnes online.Buat permulaan saya cuma mampu menyertai program kedai online secara affiliate sahaja.Kos pendaftaran percuma dan tugas saya mempromosi link affiliate kedai online ini  seaktif yang mungkin.Saya namakan kedai online tersebut dengan Onlineman

 

Cara untuk ke Kedai Onlineman boleh klik  sahaja link -------------------------> INI

 

Tidak dinafikan setiap perniagaan akan ada persaingan.Tak pa.Memang adat berniaga.Kita memang ada rezeki masing-masing dan jangan pula takut bersaing.Dalam persaingan perkara yang sama dipromosikan tetapi dibezakan cara mempromosinya.Aduh! Berbelit juga minda saya menterjemahkan ayat ini supaya jelas.Buat-buat faham ajelah.

 

Cukup setakat ini dahulu kupasan santai tentang isu banyak duit.Memang tak jelas sangat kerana saya juga masih mencari idea terbaik.Kini dalam peringkat ‘trial and error’.Insya Allah kalau dah berjaya saya tidak akan segan silu berkongsikan cara  mendapat banyak duit.Tak akan lokek ilmu kerana ilmu itu  sebenarnya milik Allah SWT.

 

[Nota Penghargaan]


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Jika ada idea yang menarik tentang topik yang telah saya bincangkan di atas boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.Digalakkan guna ayat pendek  tapi jelas maksudnya.

Tag : Kewangan

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top