Info Yang Dicari Ramai Orang

Berhenti Kerja

Saya nak berhenti kerja.Jika ini niat kalian maka bersiap sedia untuk membuat pilihan yang saya rasa sukar dan berat untuk dilakukan.Maksud saya kepada pekerja yang bagus dan berpotensi dalam mana-mana organisasi.

 

Pihak majikan akan berasa kehilangan kalian.Kekosongan yang ditinggalkan nanti mengambil masa untuk diisi.Jika adapun mungkin tidak sama dengan yang terdahulu.Pekerja yang dahulunya penuh komitmen dan tidak banyak soal.Mereka komited dalam memastikan keuntungan dijanakan kepada syarikat.Belum pasti yang baru sebaik pekerja yang terdahulu.

 

berhenti kerja

 

Namun senario ini mungkin sebaliknya jika kalian dalam kategori hanya sekadar bekerja.Masuk kerja dan kemudian hanya memikirkan  masa untuk pulang.Maaf saya cakap.Golongan ini layak untuk berhenti kerja sahaja.Nak simpan lama-lama pun  memudaratkan para pekerja lain.Mereka akan terpengaruh dan menimbulkan suasana kerja yang kurang seronok.Motivasi kerja mesti ada dan elemen negatif tidak boleh dibiarkan menjadi budaya.

 

Implikasi berhenti kerja ada dua.Yang pasti kalian akan mendapatkan pekerjaan baru jika masih berminat untuk bekerja.Jika dah ada kerja baru maka gaji pun baru dan skop tugas pun baru.Situasi ini menimbulkan rasa ingin tahu untuk menguasai selok belok pekerjaan yang baru.Ilmu bertambah dan kemahiran pasti juga meningkat.Percapaian diri kalian juga meningkat ke arah yang lebih baik.

 

Selain daripada mendapat pekerjaan baru,kalian yang sudah berhenti bekerja boleh menceburi bidang perniagaan.Carilah perniagaan yang berpotensi dan diminati.Rebut peluang yang ada dan terus timba ilmu tentang keusahawanan pula.Kata orang dah puas jadi kuli maka ini kalilah peluang jadi tauke.Terpulang nak jadi tauke besar atau tauke kecil sahaja.

 

Perniagaan kecil-kecilan adalah solusi terbaik untuk menimba pengalaman.Mereka yang minat dalam bidang online boleh juga mencuba menjadi usahawan Internet.Kini ada peluang terbaik untuk memiliki Kedai Online secara affiliate.Sila rebut sebelum orang lain kebas peluang ini.

 

Pendaftaran percuma  boleh kalian lakukan di link ---------------->www.edybiz.com

 

 

[Nota Penghargaan]


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata luangkan sedikit masa lagi untuk memberi komen tentang tajuk yang saya tulis tu.Kalau rasa tak best buatlah kritikan supaya saya tidak syok sendiri dengan penulisan entri blog ini.

Tag : Kerjaya

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top