Info Yang Dicari Ramai Orang

Cara Buat Blog Disukai Ramai

Berhari-hari saya memikirkan cara untuk membuat blog disukai ramai.Perkara pertama timbul dalam fikiran saya adalah untuk memastikan entri yang ditulis boleh berada pada halaman utama enjin carian.Ia adalah salah satu petanda aras blog kita mendapat perhatian pembaca.

disukai ramai

Memandangkan saya masih menggunakan platform yang zero cost  maka terpaksa pendamkan hati untuk mencuba plug in premium.(berbayar).Faham-faham sahajalah saya masih dalam misi mencari duit online.Masih misteri dan akan terjawap juga akhirnya nanti.

Antara langkah drastik yang saya lalukan seperti berikut.Manalah tahu ada dikalangan blogger yang masih baru macam saya ingin mencuba.Orang kata cuba jangan tak cuba.

1.Tukar theme yang mesra SEO
Bagi yang pakar dalam bidang ini seperti bro Khairul,Adib,Daniel Abdul Rahim dan ramai lagi anak muda sebayanya,bukan sesuatu yang sukar.Namun kalau ada orang ‘tua’ macam saya bolehlah guna theme yang ready setting SEO.Kalian boleh semak dekat link ini.Oleh kerana nak test SEO maka saya beranikan diri untuk mencuba.

2.Tukar tajuk blog yang ada trick
Nampak remeh sahaja kerana cuma menukar tajuk.Apa-apapun ia memberi implikasi yang cukup besar juga ketika entri kita berada di halaman utama enjin carian.Tajuk yang popular memang sukar bersaing dan kaedah yang sesuai guna yang jarang digunakan.Sebagai contoh saya guna tajuk Mesra SEO akan ditukarkan kepada Carian Utama.Istilah Carian Utama ini memberi psikologi kepada pembaca untuk segera membuka link blog kita.Yalah dah kita satu pancing minat kat situ.

3.Tukar judul entri yang menarik
Blog dan suratkhabar serta buku amat perlu kepada judul entri yang menarik.Ia adalah tanggapan pertama untuk menarik mereka membacanya.Perlu ada seni tersendiri.Pesan saya jangan pula judul dengan isi kandungan jauh melencong.Nanti pembaca hilang kepercayaan kepada kita pula.Lagi naya nanti.Betul kan.Tentu sukar untuk mendapatkan mereka kembali datang ke blog kita.Rasa macam tertipu pulak.

4.Pasangkan plug in commentluv
Dulu saya mati-mati fikir benda nie berbayar.Sebab selalu tengok kat blog wordpress yang berbayar.Sebenarnya ia adalah percuma dan mudah untuk dipasang dekat blog kalian.Antara kelebihannya  untuk memberi kemudahan kepada rakan blogger yang sudi bertandang ke blog kita.Dapatlah mereka  meninggalkan backlink secara berhemah.Insya Allah dapat juga saya jejak mereka kembali ketika blogwalking nanti.Dalam masa yang sama dapat juga pembaca lain mengintai blog mereka sekiranya ada judul entri yang menarik.

5.Tulis dengan bahasa yang  segar dan santai
Setiap blogger ada kelebihan masing-masing.Ada yang boleh menghuraikan sesuatu perkara dengan cukup jelas.Tak kurang juga yang hebat dalam penulisan mempengaruhi.Saya pula selesa dengan penulisan yang santai tanpa mempersembahkan fakta yang padat.Terpulang kepada pembaca untuk menyukainya atau tidak.Namun saya akan berusaha untuk menulis dengan lebih baik pada masa yang akan datang.

Cukup setakat ini dulu.Kalau ada idea lain insya Allah saya akan tulis pula dalam entri blog yang akan datang.

[Nota Penghargaan]

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

Digalakkan juga untuk kongsikan melalui Tweeter atau Facebook.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan sokongan tersebut saya doakan kalian murah rezeki,kaya dan bahagia dunia dan akhirat.Amin Ya Rabbil Alamin.
Tag : Blogging

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top