Info Yang Dicari Ramai Orang

Jom Jadi Usahawan Online

Dunia tanpa sepadan banyak mengubah kehidupan kita pada hari ini.Jika dulu kita hanya kenal peniaga tapi kini lebih dikenali sebagai usahawan online.Setakat ini belum ada tulisan yang khusus dalam Wikipedia tentang maksud istilah Usahawan Online.

usahawan online

Pada pendapat saya usahawan Online sama seperti usahawan secara offline.Mereka perlukan barang atau perkhidmatan untuk dipasarkan.Selain itu mesti tahu tentang pasaran,keperluan pengguna dan kos-kos operasi.

Apa yang hebatnya tentang   usahawan online ialah potensi pasaran yang terbabit.Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), statistik pengguna Internet pada 2011 menunjukkan terdapat hampir 17 juta pengguna di negara ini.Pengguna media sosial Facebook pula dah mencecah 13 juta.Lihat betapa hebatnya akses dan celik internet bagi rakyat Malaysia.

Tak mungkin angka ini akan berkurangan pada tahun mendatang.Bayangkan kalau dapat pengguna dalam 1 peratus memang tidak mustahil jadi jutawan segera!Paling sengkek pun ada pendapatan 4 angka.Ayuh lihat potensi diri untuk mencari apa kebolehan yang boleh kita guna dalam dunia online.

Pihak Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) mencadangkan supaya kalian belajar daripada mereka yang sudah berjaya dalam bidang ini.Belajar promosi produk,strategi pemasaran dan sebagainya.

Pendek kata usahawan  online wajar ada tabiat buat,buat dan buat supaya mendapat banyak pengalaman demi pengalaman.Proses yang penting juga ialah buat dan baiki.Memang tiada jalan pintas untuk menjadi berjaya  namun tidak pula mustahil untuk mempercepat kejayaan yang bakal kita miliki.

Kita sebagai blogger amat beruntung kerana ada sokongan padu dalam komuniti.Mereka boleh memberi sokongan moral dan tunjuk ajar secara percuma kepada usahawan maupun blogger untuk berjaya seperti mereka.

 

Pesan salah seorang jutawan idola saya cukup mudah.Kalau nak berjaya belajar sahaja daripada mereka yang sudah berjaya.Elakkan kesilapan mereka dan lalui jalan yang pernah diterokai dengan semangat ingin berjaya.

Jadi mulai saat ini jom jadi usahawan online tanpa melepaskan apa-apa pekerjaan yang sedia ada.Kepada yang mencari-cari pekerjaan maka bagus juga mengintai peluang untuk menjadi usahawan online.Sebab itu 101 Idea Perniagaan Internet terlalu penting untuk dipelajari sedapat mungkin.

 

 

p/s: dipetik dari blog lama saya

Tag : Bisnes

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top