Info Yang Dicari Ramai Orang

Panduan Menjadi Full Time Blogger

Sebagai seorang blogger yang meminati kerjaya ini memang saya ada cita-cita untuk menjadi Fulltime Blogger.Bukan kerana pendapatan yang diperolehi tetapi kerana skop tugas yang banyak menuntut masa untuk online.

fulltime blogger

Fulltime Blogger atau blogger sepenuh masa masih sedikit jumlahnya berbanding mereka yang bergerak secara separuh masa.Ada sebab tertentu mereka berbuat demikian kerana tugas blogger itu sendiri boleh diatur selepas waktu bekerja.Namun cara ini masih belum dapat mengatasi rutin harian blogger sepenuh masa.

Rasanya belum layak untuk saya mengulas panjang lebar rutin harian blogger sepenuh masa.Lagipun saya masih blogger separuh masa dan akan berusaha untuk ke arah sepenuh masa suatu hari nanti.Insya Allah apabila tiba masa yang sesuai saya yakin saya berjaya seperti otai-otai blogger yang lain

Sebelum menjadi blogger sepenuh masa ada beberapa syarat yang mesti dipatuhi.Antaranya ialah seperti berikut :

1.Kemahiran menulis blog
Menulis karangan di sekolah dengan menulis entri dalam blog umpama panggang dengan api.Memang berbeza.Menulis dalam blog menjurus kepada komunikasi mesra pembaca dengan penulis.Ayat yang digunakan pendek-pendek.Bahasa tidak terlalu formal dan meminimumkan penggunaan bahasa jargon.Lagi sedap dibaca maka lagi ramai pembaca.Tidak semua membaca blog kerana fakta.Ada yang suka membaca kerana ingin terhibur dengan ayat-ayat menggoda yang kita tulis.

2.Kemahiran asas SEO
Sejujurnya  sukar untuk saya nak kuasai kemahiran SEO dengan sepenuhnya.Kalau peringkat asas kira ok dah.Jadi tak akan harap dengan orang sahaja untuk setting untuk kita.Cara nak uji keberkesanan SEO blog kita cukup mudah.Taip sahaja nama blog atau judul entri pada ruangan carian Google.Lihat sama ada  terpapar tak pada halaman utama.Jika belum maka tahap SEO blog kita masih lemah.Tingkatkan lagi kemahiran ini dengan terus belajar.

3.Kemahiran promosi multiple
Alamak!Tadik cakap tak nak sentuh pasal bahasa Jargon.Ini terkeluar pula benda asing ini.Apa-apapun saya terpaksa guna juga perkataan tersebut untuk menterjemahkan maksud kepada promosi berganda.Sebagai blogger penggunaan media sosial tidak boleh tidak.Di sana ramai bakal pembaca blog yang bukan dari kalangan blogger.Gunakan media sosial seperti Facebook,Instagram,Tweeter,Youtube dan Google Plus.Insya Allah keupayaan kita promosi multiple mengguna media sosial bakal meletupkan trafik blog.

4.Kemahiran berurus niaga
Ini juga satu kemahiran yang mesti ada kepada blogger jika nak jadi Fulltime Blogger.Urus niaga yang saya maksudkan di sini ialah cara kita mendapatkan dan berunding dengan bakal pengiklan yang mahu menggunakan blog kita sebagai tapak iklan..Jika kena caranya maka kita boleh mendapat pendapatan tetap secara bulanan dengan cara ini.Jadi tak payah pening kepala harap sales dari program affiliate.

5.Kemahiran mempelbagaikan pendapatan
Blogger sama seperti perniagaan lain.Boleh jadi terus bertahan.Tak mustahil juga boleh lenyap begitu sahaja.Risiko begini boleh kita meninimumkan dengan pelbagaikan sumber pendapatan.Sudah tentu menulis ebook adalah cadangan terbaik.Yalah sebagai blogger hari-hari menulis entri.Jadi kemahiran menulis akan meningkat dan ini memudahkan kita menulis ebook.Jual ebook sendiri dan letakkan harga ikut pasaran.Jika tak nak tulis ebook boleh mencebur diri dalam bisnes online.Guna strategi seo untuk tawan pasaran dan media sosial untuk promosi jualan.

Jika semua syarat-syarat diatas telah dipenuhi maka terjunlah diri kalian menjadi blogger sepenuh masa.Insya Allah lakukan juga  teknik 9 Formula Pantas Seru Rezeki .Ia amat berkesan untuk kita semua.

[Nota Penghargaan]

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Jika ada idea yang menarik tentang topik yang telah saya bincangkan di atas boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.Digalakkan guna ayat pendek  tapi jelas maksudnya.
Tag : Kerjaya

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top