Info Yang Dicari Ramai Orang

Gangguan Emosi

Sejak kebelakangan ini saya mengalami gangguan emosi.Walaupun tidak serius dan belum kronik saya mesti pastikan ia tidak mengganggu tugsan harian.Baik sebagai seorang kuli pekerja makan gaji maupun blogger yang tak ada gaji.

 

gangguan emosi

 

Ada dua sebab mengapa gangguan emosi telah menyerang saya.Sudah tentu saya faham tentang diri sendiri.Masalahnya kini takut orang sekeliling pula yang tak faham.Jika tak faham maka gangguan emosi bertambah parah.

 

1.Sifat semulajadi dari kecil

Inilah perkara yang paling sukar untuk saya ubah sejak dari kecil sehinggalah sekarang.Hati mudah susah hati dan bila sudah susah hati lambat pula kembali normal.Proses pemulihan mengambil masa berminggu-minggu untuk kembali stabil.Orang yang jenis terasa macam saya ini ada baiknya juga.Saya boleh merasai apa yang dialami oleh orang lain.Senang cerita iaitu jenis understanding.Saya belum menemui formula luarbiasa untuk mengikis sifat negatif ini kerana ianya bukan bersifat kekal.Datang dan pergi  serta silih berganti.

 

2.Bosan dengan pekerjaan

Kalau tanya dengan pakar kaunselor mereka mungkin menyarankan cari sahaja kerja lain yang sesuai dengan minat dan kecenderungan.Memang betul dan ia bukan sesuatu mudah untuk dilakukan jika jiwa sudah meronta untuk menjadi seorang usahawan.Nak jadi usahawan begitu sahaja?Jika belum bersedia  dan perancangan rapi umpama si luncai terjun dengan labunya.Boleh jadi timbul atau besar kemungkinan tenggelam terus.Oh.Macam tu bukan cara yang terbaik.Sebaliknya jika terus menerus bekerja maka perasaan bosan akan semakin menebal.Lagi parah.

 

Mahu tidak mahu saya sendiri mencari solusi dalam menangani gangguan emosi.Soal berkesan atau tidak saya sendiri yang boleh tentukan.Sebab itu ada pendapat mengatakan diri sendiri adalah doktor terbaik dalam merawat kesihatan diri.Saya menyenaraikan 3 cara seperti dibawah:

 

1.Pujuk hati supaya bersabar

Sabar adalah satu ungkapan ringan untuk disebut.Namun berat untuk dilaksanakan.Tentunya sebagai orang Islam bersabar dalam menghadapi ujian hidup amat dituntut.Tetapkan kesabaran dalam semua keadaan.Besar atau kecil dugaan yang kita hadapi mesti dilalui dengan bersabar.Usah terburu-buru kawal emosi sebaik mungkin.

 

2.Meluahkan perasaan kepada orang lain

Ya.Ini merupakan teknik klasik.Emosi yang terganggu jika dipendam terlalu lama akan memudaratkan diri sendiri.Carilah orang yang boleh dipercayai.Orang yang sudi dan memahami  perasaan kita.Ini kerana masalah jika diluahkan boleh melegakannya.Biarpun belum ada jalan penyelesaian namun tindakan meluahkan perasaan akan mendatang idea kepada orang lain untuk membantu kita.

 

3.Mengadu kepada Allah SWT

Dalam sejuta formula luar biasa yang dikemukakan oleh para pemikir orientalis pastinya belum mampu mengugat keberkesanan  cara mengadu kepada Allah SWT.Ia  adalah yang terbaik dan mendapat senarai teratas sekali.Usahakan untuk bangun malam dan berdoalah setulus hati kepada Dia yang Maha  Mengetahui.Serahkan simpulan masalah kepada Allah SWT dan pastinya Dia akan merungkai dengan mudah untuk kita.

 

Saya dan juga kalian pembaca semua boleh mengambil pendekatan yang saya nyatakan ini.Biarpun saya bukan pakar maupun hebat dalam bidang ini namun secara logiknya ia adalah solusi yang popular dilakukan oleh ramai orang.Tak perlu bukti kerana soal ini kadang-kadang tidak ada data yang menyokongnya.Adakah data sebagai bukti itu lebih penting daripada keimanan kita kepada Allah SWT.

 

p/s : Jangan lupa ada  7 Taktik Menjemput Kejayaan

 

[Nota Penghargaan]


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Jika ada idea yang menarik tentang topik yang telah saya bincangkan di atas boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.Digalakkan guna ayat pendek  tapi jelas maksudnya.

Tag : Kesihatan

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top