Info Yang Dicari Ramai Orang

Cara Hadapi Situasi No Idea

Ini adalah cabaran utama seorang blogger iaitu no idea.Fikiran kosong.Otak seolah-olah tepu untuk berfikir.Dalam bahasa mudahnya  sudah buntu.Ya.Buntu untuk menulis entri yang mengoda para pembaca.


no idea

Istilah no idea adalah lumrah untuk insan yang bergelar manusia.Ada yang berpendapat ia adalah kesan daripada gangguan emosi yang teruk.Daya berfikir merosot.Kurang berfikir maka akal menjadi tumpul.Sebab itu orang gila tidak boleh berfikir dengan waras.Tak kira gila sebetulnya gila maupun gila yang bersifat sementara.

Saya biasa ketemu dengan insan yang kurang berfikir.Apabila diberi  peluang untuk mengupas sesuatu perkara mereka akan berkata no idea dan bersikap entah tak endah.Ternyata tindakan mereka menjerumus kepada zon selamat untuk tidak berfikir.Adakah patut begitu.?

Ada penulis blog yang menganggap no idea adalah satu kesempatan untuk merehatkan minda.Ada yang berhenti seketika untuk kemaskini blog,bercuti dari aktiviti blogwalking dan apa sahaja yang berkaitan.Hakikatnya bukan semua situasi no idea memberi gambaran negatif.Lebih-lebih lagi kepada pengamal media seperti seorang blogger.

Dalam menangani sindrom no idea saya pula lebih serasi untuk membaca.Baca dan baca sebanyak yang mungkin.Setelah membaca, fikiran saya akan berubah .Saya lebih terbuka fikiran dan boleh mendapat idea dengan lebih baik.Perlu juga diingatkan ia tak lah semudah disangkakan.Ambil masa.

Begitulah dalam kehidupan ini.Ketenangan dan hati yang kuat amat penting dalam menghadapi semua rintangan.Tidak disangkal minda yang sentiasa diasak dengan tugasan akan memberi respon yang lebih baik.Hasil gabungan ketenangan hati dan kecergasan minda akan memastikan seseorang lebih baik dari hari ke sehari.Tentunya menjadi insan hebat.Kalau boleh dunia dan akhirat.

Ringkasnya  jika berlaku no idea maka jangan terlalu susah nanti.Mungkin ada yang jalan penyelesaian.Saya boleh cadangkan untuk jemput datang ke---------> Portal Ilmu.

Manalah tahu dekat situ kalian beroleh satu ilmu yang sangat dihendaki dalam menangani isu no idea.

[Nota Penghargaan]

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata luangkan sedikit masa lagi untuk memberi buah fikiran tentang isu no idea.Harap jangan beri komen no idea pulak dengan saya.
Tag : Blogging

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top