Info Yang Dicari Ramai Orang

Rutin Harian Blogger Ialah Menulis

Menulis adalah satu aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan.Saya percaya semua orang boleh menulis.Cuma ada yang berbakat kerana penulisan mereka yang hebat dan mempersonakan.

 

Kemahiran menyampaikan idea  melalui penulisan adalah satu keperluan bagi seorang blogger.Bakat sebetulnya satu bonus.Apa yang paling utama minat dan kesungguhan untuk menulis.Seorang blogger adalah freelance.Tidak terikat dengan bos.Jadi blogger boleh menulis menggunakan apa cara sekali pun.Apa jua teknik yang dirasakan sesuai dengan dirinya.

 

Saya percaya menulis secara rutin boleh menghasilkan entri yang konsisten.Walaupun ada blogger yang tidak mampu kemaskini blog setiap hari kerana sibuk dengan pekerjaan dan keluarga.Ada juga yang ketandusan idea lalu meninggalkan blog berdebu selama berminggu-minggu.Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana blog adalah hak peribadi.Terpulang kepada blogger itu sendiri bagaimana dia mentadbirnya.

 

Pesanan dan saranan yang wajar difikirkan ialah kita menulis blog selama 1 jam sehari.Jika dapat menulis lebih banyak entri sudah dikira lebih baik.Satu jam yang kita ambil ini bukan waktu tidur atau waktu bekerja.Ia memang satu jam baik 30 minit sebelum tidur atau 30 minit selepas bangun tidur.Bahkan kalau 1 jam ini memang kita betul-betul gunakan dalam masa yang tetap setiap hari.Itu baru dinamakan rutin harian.rutin

kredit : www.google.com

Saya akui sendiri menetapkan masa begini agak mencabar.Alasan utama yang  kita berikan ialah no idea.Jangan mengalah kerana otak boleh diarah oleh tuan punya badan.Ada atau tidak ada idea penulisan entri blog perlu dilakukan.Baca semula entri sebelum ini supaya rentak pemikiran kita dapat diselarikan semula.Umpama orang berkayuh basikal.Kayuhan pertama memastikan tayar basikal berpusing untuk kayuhan yang seterusnya.

 

Menjalani hidup dengan lebih teratur lebih seronok.Jauh lebih baik dari menggunakan teknik penuh kejutan atau melakukan tanpa perancangan.

 

[Nota Penghargaan]


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Jika ada idea yang menarik tentang topik yang telah saya bincangkan di atas boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.Digalakkan guna ayat pendek  tapi jelas maksudnya.

Tag : Blogging

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top