Info Yang Dicari Ramai Orang

Cara Untuk Berada Di Halaman Utama

Tidak dinafikan trafik meledak dan berada di halaman utama Google adalah igauan para blogger di muka bumi ini.Bukan itu sahaja para usahawan internet dan peniaga online turut mengimpikan perkara yang sama.Ia seolah-olah puncak gunung yang ingin ditakluki biarpun mengambil masa dan mengorbankan wang ringgit.

 

Trafik dalam dunia internet amat disukai.Dunia luar pula sebaliknya.Dengan adanya trafik yang banyak dan melimpah-limpah maka blog kalian akan mudah berada di halaman utama Google.Dengan berada di halaman utama juga blog kalian amat berpotensi untuk menarik trafik dengan meledak.Itu yang menjadi kelebihan dan saling berkaitan.

 

Ilmu  SEO amat mencabar dan menarik untuk dipelajari.Kemahuan yang kuat untuk belajar  menjadi kunci.Pengorbanan masa dan wang ringgit juga menjadi taruhan.Dalam entri ini biarlah saya fokuskan kepada trafik dahulu.Letakkan kesedaran bahawa meledak trafik bermula dengan permainan SEO.Boleh juga cara lain seperti blogwalking dan ping entri serta promosi media sosial.Sayangnya kaedah ini terpaksa dilakukan berkali-kali berbanding teknik SEO cuma lakukan sekali dan ia boleh kekal lama berada  dalam halaman utama carian enjin pencari.

 

Trafik yang diperolehi dari teknik SEO memang golongan sasar.Peluang cukup tinggi untuk menukar dari pembaca kepada pembeli.Jika kena masa dan ketika yang betul pasti boleh membuat jualan apa sahaja produk dan perkhidmatan kalian yang ditawarkan.Sebab itu juga syarikat pengiklan sentiasa mengintai blog yang tinggi kemahiran SEO dan trafik.Sebab itu ada blogger yang berpengalaman sengnaja membuat blog baru dengan mengaplikasi teknik SEO secara menyeluruh dalam blog mereka.

 

Rasa macam mau ulas panjang lagi.Namun saya  memilih untuk berhenti setakat ini dulu.Jika nak belajar dari pakar boleh dapatkan  Panduan Asas SEO di SINI atau gambar di bawah:Asas SEO

 

{ Pesanan Peribadi dari Penulis }

 

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.Jika ada idea  menarik tentang topik yang telah saya bincangkan ini boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

 

Digalakkan  untuk sebarkan entri ini melalui media sosial anda.Itupun  jika entri ini menarik dan seronok dibaca.Dengan pertolongan tersebut  saya dahului dengan doa semoga anda semua murah rezeki,kaya,berkat dan bahagia serta tenang selalu.Amin.

Tag : Blogging

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top