Info Yang Dicari Ramai Orang

Penangan Blog Mesra SEO

mesra seo

Dalam banyak-banyak blog yang saya bina secara percuma blog mesra SEO dengan tajuk carian utama memberi tamparan hebat kepada blog saya yang lain.Dalam sebulan dan jumlah artikel yang diterbitkan tak sampai 30 telah berjaya page view hampir 4 ribu.Itupun saya dah hentikan kemaskini buat seketika.

 

Ada kawan-kawan blogger yang bertanya kenapa saya bina begitu banyak blog.Sebabnya mudah sahaja.Saya tengah mengkaji kekuatan SEO dari segi template,SERP,Onpage SEO dan Offpage SEO sesuatu blog.

 

Tidak dinafikan ada blog hero borneo yang saya tulis secara santai sahaja.Niche lebih kepada motivasi dan informasi.Kekerapan kemaskini 3 kali sehari.Kadang-kadang lebih.Namun belum mampu menyaingi page view blog mesra SEO saya.Bukan setakat itu saya gasak lagi ping cara newbie di Facebook dan Google+.Pun masih kalah dengan blog mesra SEO.

 

Jadi saya buat keputusan untuk menjadi blog mesra seo memfokuskan niche blogging.Kemasukan trafik dijangka melalui carian enjin dan ada mungkin juga aktiviti blogwalking.Itupun jika sambutan komen yang menggalakkan.Jika tak saya guna blog lain pula untuk aktiviti tersebut.

 

Pernah saya promosi blog mesra SEO kepada kawan-kawan secara offline.Mereka janggal  dengar SEO.Sebut balik pun pelik bunyi.Sebab itu saya tak fokus untuk orang biasa blog ini.Ia khas untuk para blogger yang faham dan tahu apa itu SEO.

 

Maksud sebutan ‘SEO’ untuk orang kampung sebelah Asajaya Sarawak adalah kat situ.Rasanya tak lari jauh sangat.

 

Saya menulis gaya bahasa standard untuk blog ini.Rasionalnya saya mendapati blog ini mendapat limpahan trafik dari Perancis dan Amerika Syarikat.Jadi proses terjemahan akan dilakukan ke dalam bahasa mereka.Faham atau tidak, saya tak pasti.Tak ada komen pulak!

 

Cabaran terbesar saya sekarang ini ialah untuk bersaing dengan blog yang betul-betul mesra SEO.Mereka yang mengguna platform Wordpress memang terbaik.Namun tiada mustahil  dengan platform blogspot boleh juga bersama mereka merebut halaman utama enjin carian.

 

Paling tidak pun saya menjadikan blog-blog yang percuma ini sebagai pelampung kepada blog yang berbayar pada suatu masa nanti.

 

[Nota Penghargaan]


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Jika ada idea yang menarik tentang topik yang telah saya bincangkan di atas boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.

Tag : Blogging

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top