Info Yang Dicari Ramai Orang

Petua Tahan Lama Bukan Rahsia Lagi

Petua Tahan Lama Bukan Rahsia Lagi.Tajuk entri agak muskhil.Namun percayalah saya tidak ceritakan kisah kamar tidur dalam entri kali ini.Saya nak berkongsikan petua supaya kek atau kuih muih tahan lama dari cepat basi.Lagipun hari raya di Sarawak boleh berlangsung selama 1 bulan.

 

 

Khas buat mereka yang pandai buat kuih sendiri.Ketika membuat adunan kuih tu sila masukkan jus lemon asli.Bukan jenis perisa.Mengikut pengalaman mereka yang pakar dalam bidang masakan lemon adalah pengawet semula jadi.Selain itu aromanya juga menjadi penyedap rasa.

 

 

Petua ini untuk mereka yang pakar membuat kek jenis tunjuk (ketika beli selalu tunjuk itu dan ini).Selepas mendapat kek yang dibeli atau ditempah sila masukkan  dalam peti sejuk.Bungkus dengan kertas aluminium atau plastik wrapper serta letakkan dalam bekas bertutup.Insya Allah kek ini boleh bertahan lebih lama dan hidangkan sejuk-sejuk kepada tetamu.

 

 

Kesimpulannya,

 

Amalkan petua ini supaya kek anda tahan lama.Jika tak nak tahan lama lagi mudah.Ada kek lebih hantar sahaja ke masjid,rumah orang susah dan ajak orang ramai-ramai datang ke rumah.

 

 

Tag : petua

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top