Tips Terbaik Pulang Kampung Beraya.Tak lama lagi bulan Syawal menjelma tiba.Maka berpusu-pusu orang tinggal di bandar akan pulang ke kampung halaman.Budaya begini memang bagus dan kalau boleh teruskan sehingga beberapa generasi yang akan datang.
Saya tak nak buang masa.Jom kita lihat sendiri beberapa tips yang mungkin berguna untuk kalian ketika pulang beraya di kampung.
#1.Buang segala sampah yang ada.
Jika kalian membiarkan sampah dalam rumah berkemungkinan ianya akan menimbulkan bau busuk sepeninggalan kita di kampung.Bukan itu saja sampah yang tak terbuang mengundang haiwan perosak seperti lipas,tikus dan lalat.
#2.Tutup suis dan paip air
Dalam keghairahan kalian untuk pulang ke kampung jangan sesekali lupa tentang suis paip air dan elektrik.Membazirkan amalan syaitan jika ada yang air paip terus mengalir tanpa disedari.
#3.Hentikan langganan suratkhabar
Ada sebab saya menyarankan kalian berhenti melanggan suratkhabar.Tips ini untuk mengurangkan kes pecah rumah.Maaf ia tiada kaitan dengan Rahsia Ejen Hartanah.
#4.SMS Rakan COP
Beritahu pihak polis bahawa kalian pulang kampung.Jadi dapat pihak berkenaan mengawasi rumah kalian ketika mereka melakukan operasi.Jika tak nak pergi ke balai polis sms sahaja untuk jadi Rakan COP.
#5.Servis kenderaan sebaik mungkin
Kereta yang telah diservis dapat mengurangkan masalah kemalangan jalanraya.Malang tidak berbau dan tidak dijangka.Jadi lebih baik servis kereta dulu sebelum balik kampung.
