Info Yang Dicari Ramai Orang

Robin William Mati Bunuh Diri

Bintang komedi Hollywood, Robin Williams, 63, ditemui mati di kediamannya di Marin County, California dipercayai akibat bunuh diri

Pejabat syerif Marin County dalam kenyataannya berkata, pihak 911 menerima panggilan daripada seorang lelaki pada jam 11.55 pagi (waktu tempatan) mengatakan terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri di dalam rumahnya.

 

Media sebelum ini melaporkan pelakon veteran itu sedang bergelut dengan masalah kemurungan selain mengalami masalah ketagihan dadah dan alkohol sejak tahun 70-an dan 80-an.

 

Mendiang antara penghibur paling diminati di Amerika Syarikat dan mula mencipta nama dalam sitkom Mork & Mindy pada 1978 hingga 1982.


Namanya semakin dikenali sebagai pelakon filem antaranya Good Morning Vietnam, Dead Poets Society, Awakenings, Mrs Doubtfire dan Good Will Hunting pada 1997 yang membolehkannya memenangi anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. – Agensi

 

Sumber : Harian Metro

 

 

Foto

Tag : Semasa

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top