Info Yang Dicari Ramai Orang

Harapan Kita Dengan Kotak Hitam

kotak hitam

Kotak hitam merupakan satu harapan terakhir untuk mengetahui punca utama kejadian kehilangan pesawat MH370 yang telah berakhir di selatan Lautan Hindi .Proses mencari kini giat dijalankan dalam kawasan yang disyaki ada pesawat MH370.

Berdasarkan peristiwa pesawat Air France A330 yang dilanda malapetaka pada tahun 2009,kotak hitam yang sangat diperlukan berjaya dikeluarkan setelah 2 tahun berlalu.Proses mendapatkannya terlalu sukar dan mencabar.Ini kerana faktor cuaca dan keadaan yang amat merbahaya kepada kru yang menjalan misi menyelamat.

Laporan terkini menyebut selatan Lautan Hindi merupakan tempat yang sangat berbahaya dengan keadaan laut dan cuaca tidak menentu.Pastinya situasi  ini menyukar pihak mencari dan menyelamat pesawat MH370.Tumpuan seterusnya untuk mendapatkan kotak hitam dalam merungkai kemelut yang melanda sekarang ini.

Ada pakar berpendapat kotak hitam yang menjadi data recorder itu cuma dapat merakam sebarang signal dalam bentuk suara dan isyarat teknikal dalam masa 30 minit sahaja.Bagi saya ia pun amat berguna kerana dalam situasi MH370 tiada seorang manusia pun yang boleh menjadi saksi ketika kejadian itu berlaku.Kita hanya bergantung harap kepada kotak hitam sebagai bukti terakhir.

Sekali lagi tanpa mengharapkan sebarang teknologi canggih kita sebagai umat Islam terus memanjatkan doa supaya segala usaha dipermudahkan.Memang dengan petunjuk yang ada dalam kotak hitam itu nanti bakal membongkar seribu satu persoalan.Cuma masalahnya memerlukan masa.

Mungkin sehari dua,sebulan maupun setahun.Maklumat yang ada itu amat berguna untuk menjernih fikiran ahli keluarga mangsa yang terdiri dari para penumpang dan anak kapal.Selain itu pihak syarikat penerbangan MAS mesti cukup maklumat supaya segala tuduhan dan tohmahan yang mungkin dilemparkan ke atas imej syarikat itu boleh ditangkis.Nama Malaysia  pastilah terbabit sama.

Peranan saya dan juga rakyat Malaysia yang lain mesti saling menyokong.Jangan biarkan anasir jahat menguasai kita.Sama-sama kita berdiri dengan teguh dibelakang Malaysia yang tercinta ini.Kata orang biarkan kotak hitam itu sama hitam dengan rambut.Namun hati tetap sama iaitu menyokong Malaysia dalam apa jua keadaan.

[Nota Penghargaan]

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata berikan sedikit komen sebagai tanda kalian suka dengan blog ini.

Tag : Teknologi

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top