Info Yang Dicari Ramai Orang

Permohonan Myhome

Rumah adalah keperluan asas manusia.Dengan sebab murni ini Myhome atau skim Perumahan Mampu Milik Swasta  diwujudkan.Tujuannya untuk menggalakkan sektor swasta membina rumah mampu milik kepada rakyat di negara ini.Kini permohonan Myhome dibuka  mulai 1 April 2014.

 

myhome

 

Kalian yang berminat dengan pemilikan rumah melalui Myhome boleh membuat permohonan atau mendapatkan info selanjutnya di laman ehome.Selain itu boleh dapatkan juga di bahagian Perumahan di Pejabat Setiausaha  kerajaan Negeri masing-masing.

 

Difahamkan rumah-rumah yang dibina dalam skim Myhome ada 3 bilik tidur,2 bilik air dan tempat letak kereta.Semoga ciri-ciri ini memberi keselesaaan kepada para penghuninya nanti.Orang kata jika rumah tak selesa maka jiwa boleh kita rasa stress dan mengundang pelbagai implikasi negatif.

 

Antara syarat kelayakan untuk memiliki rumah Myhome seseorang itu hendaklah warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.Selain itu mesti sebagai pembelian rumah pertama.Rasionalnya supaya satu unit rumah untuk satu keluarga.Maaf bukan untuk koleksi rumah.

 

Pendapatan pemohon untuk skim Myhome 1 mesti dalam lingkungan RM3000 sehingga RM4000 sebulan.Dengan pendapatan begini mereka sudah layak untuk memohon pembelian  rumah yang berharga RM80 ribu sehingga RM120 ribu untuk harga di semenanjung.Bagi harga di Sabah dabn Sarawak menjadi RM90 ribu hingga RM120 ribu.

 

Myhome 2 ada sedikit perbezaan dari segi harga rumah dan had kelayakan pendapatan pemohon.Rumah yang ditawarkan dalam skim ini dalam lingkungan RM120,001  sehingga RM250,000.Lebih menarik ia sama dengan Sabah dan Sarawak.Pendapatan mestilah RM4000 hingga RM6000 sebulan.

 

Sekarang kita amat beruntung kerana pihak kerajaan dan pihak swasta boleh bekerjasama dalam isu rumah.Selain ada rumah kos rendah,rakyat sudah ada pilihan untuk membeli rumah mampu milik.Mungkin selepas ini ramai akan mampu untuk memiliki rumah  sendiri.

 

Bagi saya cukup mudah.Membeli rumah lebih baik daripada menambah kereta.Ini kerana nilai rumah akan bertambah setiap tahun manala harga kereta pula semakin menurun tahun demi tahun.

 

[Nota Penghargaan]


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Kalau dah ada rumah sendiri memang mudah untuk buat dekorasi.Jadi Nak Hias Rumah? Klik Sini!

Tag : Semasa

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top