Info Yang Dicari Ramai Orang

Stres Kerja

Jika stres kerja maka inilah jadinya.Aduh sakit kepala.Hati resah dan perut rasa senak pula.Rasa-rasa nak marah-marah dan tarik muka masam pun ada.Orang tengok akan meluat.Tanda-tanda umum ini jelas menunjukkan kita dah stres dengan kerja.

 

stress kerja

 

Ada banyak punca kita stres kerja.Maaf pandangan saya bukan dari seorang pakar.Ia adalah pandangan peribadi seorang yang telah bekerja hampir 20 tahun.Bekerja makan gaji demi kelangsungan hidup.Selagi bekerja cara begini maka kita akan dihadapkan dugaan kerja yang pelbagai.Ada senang,sukar dan meloyakan.

 

Antara yang menyumbang stres kerja ialah cara kita berfikir.Orang biasa macam saya yang rata-rata sekolah tak tinggi  berfikir dengan cara berbeza berbanding mereka yang ada kelayakan hebat.Orang biasa berfikir cuma tentang dirinya sahaja.Tak akan fikir tentang untung rugi syarikat atau orgnisasi tempatnya mencari rezeki.Jika pemikiran hanya untuk diri sendiri maka apa-apa yang berlaku ketika bekerja dilihat dalam skop terhad.Jika tak puas hati memang secara langsung memberi kesan stres kepada emosi.

 

Selain daripada itu  pihak pengurusan  hanya memikirkan tentang untung rugi syarikat sahaja.Soal emosi dan kebajikan pekerja ditolak ke tepi.Ketika mereka membuat dasar polisi dan peraturan memang jelas berat sebelah.Banyak memihak kepada syarikat dan tauke syarikat semata-mata.Persoalannya,  adakah begini cara orang yang sekolah tinggi dan kelayakan hebat berfikir.Akal dan fikiran mereka seolah-olah diletak bawah tapak kaki.Kalau bawah tapak kaki ibu tak pe.Itu balasan syurga jawabnya.

 

Natijah dari pemikiran begini, baik dari pihak pekerja maupun pihak pengurusan menyebabkan stres.Soal kerja sudah dianggapkan sebagai beban kehidupan.Tak bekerja maka tak ada duit.Jika bekerja pula menghadapi seksaan dunia yang sukar untuk digambarkan dengan lukisan.

 

Jadi timbul fenomena bahawa bekerja hanya untuk gaji.Tak lebih dari itu.Cuma sayangkan potensi dan produktiviti tidak diekploitasi sepenuhnya.Orang yang akan rugi adalah diri sendiri dan tidak akan lahir insan hebat yang boleh menyumbang sesuatu kepada negara.Yalah selagi stess kerja tidak diatasi maka akan memberi kesan kepada produktiviti.

 

Dalam skop yang lebih luas pula golongan pekerja di negara ini kurang produktiviti.Asyik-asyik dengan media sosial,kedai online kopi atau sesuatu yang tidak memberi manfaat. Saya tidak menyatakan secara khusus mana-mana golongan.Tidak juga menunding pihak tertentu.Apa yang jelas kesan stres kerja mengurang produktivti negara dan merencat pertumbuhan ekonomi.Wah cakap  besar dah sekarang nie.

 

Soal solusi biarlah saya ulas dan kupas dalam entri akan datang.Kalau sumbat dalam satu entri ini lagi pening orang nak faham.Takut-takut orang jadi stres pula.Sudah tentu saya sayang pembaca semua.Saya tak ingin kalian stress kerja apatah lagi stres membaca blog ini.

 

[Nota Penghargaan]


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Jika ada idea yang menarik tentang topik yang telah saya bincangkan di atas boleh kemukakan dalam ruangan komen dibawah.Digalakkan guna ayat pendek  tapi jelas maksudnya.

Tag : Kerjaya

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top