Mee Segera Punca Penyakit Jantung.
EENAKAN rasa dan harga yang murah menyebabkan ramai orang gemar mengambil mi segera ketika lapar.
Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati kerana pengambilan secara berterusan akan meningkatkan risiko serangan jantung.
Pengkaji daripada Hospital Jantung Baylor di Texas, Amerika Syarikat, Hyun Joon-shin, berkata, seseorang yang mengambil makanan tersebut sebanyak dua hingga tiga kali seminggu berisiko menghidap sindrom kardio metabolik.
"Sindrom ini mampu meningkatkan risiko terkena penyakit jantung, diabetes, dan strok.
"Mereka turut cenderung mengalami masalah kenaikan berat badan dan kanser," katanya.
Perkara tersebut berlaku kerana makanan tersebut mengandungi garam yang tinggi selain tambahan pengawet di dalam perisa.
Panduan Berguna:
Rahsia Memiliki Sentuhan Keajaiban Untuk Setiap Yang Dilakukan