Info Yang Dicari Ramai Orang

Gabungan 3 Syarikat Utama Jual IPhone 6

Fenomena IPhone 6 mula melanda dunia.Kini sudah ada 3 syarikat telekomunikasi yang bersetuju untuk memasarkan iPhone secara besar-besaran di Malaysia.Mari ikuti perkembangan dalam laporan media dari sumber ini.

Tiga syarikat telekomunikasi iaitu DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi), Maxis Berhad (Maxis) dan Celcom Axiata Berhad (Celcom) mula memasarkan peranti terbaru Apple, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Walaupun ketiga-tiga syarikat mula mengambil tempahan sejak seminggu lalu, namun pelanggan mula beratur seawal jam 6 petang semata-mata untuk menjadi yang terawal memilikinya.

DiGi menawarkan iPhone 6 16GB serendah RM557 dengan kontrak 24 bulan pada pelan iDiGi238 manakala iPhone 6 Plus 16Gb pula boleh didapati dengan harga RM892 pada pelan iDiGi238 serta kontrak 24 bulan.

Maxis menawarkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ini dengan kontrak pelan iValue bermula daripada komitmen RM50 sebulan bagi iValue Simple sehingga komitmen RM250 sebulan bagi iValue3. Pelan ini ditawarkan bersama kontrak selama 12 bulan atau 24 bulan.

Pengguna boleh mendapatkan iPhone 6 16GB pada harga serendah RM659 dengan kontrak 24 bulan pelan iValue3 manakala, iPhone 6 Plus 16GB ditawarkan pada harga serendah RM999 dengan kontrak 24 bulan iValue3.

Bagi Celcom, ia menawarkan kontrak untuk iPhone 6 dan 6 Plus dengan pelan Celcom First bermula daripada serendah RM78 sebulan dengan 1.05GB data berkelajuan tinggi, sehingga ke RM238 sebulan dengan 5.2GB data berkelajuan tinggi. Kontrak boleh didapati dalam bentuk 12 bulan atau 24 bulan.

Celcom turut menawarkan harga serendah RM6 kepada enam pembeli pertama yang beratur sejak 5 November.

Sumber : Harian Metro

Tag : Teknologi

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top