Info Yang Dicari Ramai Orang

Pakar SEO Malaysia

Pakar SEO Malaysia.Nak kata ada kontest SEO tak juga.Nak kata itu dan ini pun susah juga.Sebab sekarang ini ada beberapa blogger yang pakar SEO tengah membincangkan perkara ini.

Saya apa lagi.Belasah sahaja.Apa yang tahu, saya kenal anak muda yang memang mahir bidang SEO Malaysia iaitu Bro  Daniel Abdul Rahim dan Khairol Asri.

Selain itu ada 2 orang lagi yang memang pakar juga dalam bab seo iaitu Bro Daniel Shah dan Tuan Haji Happysus.Mereka dapat ilmu tentang SEO melalui sumber yang memang boleh dipercayai.

Dari golongan blogger popular pula ada nama Bro Ahmad Faizal  dan Tuan Hasrul Hassan.Mereka memang terbaik  dalam bidang SEO.Buktinya dengan blog sahaja menjana wang yang kencang.

Bagaimana pula mereka yang bergerak underground.Mereka melakukan tugas secara rahsia tetapi menghasilkan sesuatu yang hebat.Contohnya bro Ahmad Faiz.Bukan calang-calang mereka ini.

Anda bagaimana?

 

Pakar SEO Malaysia

 

Dah menjadi pakar atau belum? .Pendapat saya mudah.Jika nak berjaya dalam bidang blogging mesti tahu SEO.

Paling sengkek pun tahu tentang asas sebelum pergi peringkat yang seterusnya!

Cuba anda ikuti trend SEO semasa.Gunakan media sosial sebaik mungkin.Ini kalilah juga guna .Pingkan sebanyak yang boleh.Buat selama sehari suntuk dan tengok keputusannya nanti.Dapat tak berada di halaman utama enjin carian Google.

Dalam kes saya ini juga macam kebetulan.Saya gunakan domain blogspot yang mesra seo.Selain itu pakai template blog yang mesra seo.Saya tak pasti sebenarnya.Kalau ikut situasi sekarang memang menarik.

Dengan terbitan 30 entri telah membawa pageview 4 ribu dengan usia blog baru mencecah sebulan.Ada yang lebih baik daripada blog ini sebenarnya.

Seperti mana kata tuan Denaihati,tulis entri yang tajuknya sama tapi isi berlainan membawa satu dimensi baru dalam rangkaian blogger Malaysia.Lagipun ia bukan kontest SEO maka cara menulis lebih bersifat rela berbanding terpaksa untuk menang.Saya setuju pendapat beliau.

Selepas entri Pakar SEO Malaysia terlepas di internet maka kita lihat sendiri blog yang mana satu bertahan di halaman utama.Tiada pemenang dan tiada pula hadiah.Sekurang-kurang blogger sendiri sedar kat mana kekuatan dan kelemahan mereka dalam bab SEO.

Tentunya juga kita dapat buktikan bahawa teori SEO terkini betul atau tidak.

 

 

p/s: Nak belajar SEO boleh dapatkan dalam -------------> Panduan Asas SEO

Tag : Blogging

Advertisment

Dikuasakan oleh Blogger.
Back To Top